Abang Mat Berucap


Pada malam Rabu yang lepas, aku telah terpanggil untuk menghadiri ceramah PAS berpermit di Taman Air Biru setelah mendapat jemputan khas daripada seorang sahabat. Ini merupakan pertama kali aku menghadiri ceramah politik. Apa yang aku ingin sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan politik tetapi hanya ingin berkongsi suasana di tempat kejadian bagi yang sudi menengok.


Aktiviti jual beli dan bertemu rakan taulan...



Mendapat sambutan yang hangat dari penduduk sekitar Pasir Gudang...



Ini dia penceramah yang di nanti-nantikan Hj Mohamad Sabu..



Dikenali juga dengan panggilan "Abang Mat"



Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk kenangan..



Memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang hangat diperkatan..



Gaya dan mimik muka yang menghiburkan pengunjung...



Sempat melawak lagi..ekekekehh..



Ucapan terakhir sebagai penutup tirai majlis...


Sambutan Hari Buruh

Pada malam 1 hb Mei dan paginya aku berkesempatan berjalan-jalan di Bukit Layang-Layang bersempena dengan hari buruh. Sambutan daripada pengunjung amat memberangsangkan seperti festival layang-layang yang lepas. Banyak upacara yang diadakan antaranya tarian tradisional,demo car,pertandingan tarik tali, karaoke dll. Sempat juga aku menembak untuk menghilangkan kebosanan akibat gear dah lama sangat terperap dalam dry box. Malas nak membebel lama-lama,mari tengok gambar yang sempat di shot.


Demo car sedang beradu sound system..



Aksi candid pengunjung....




Syakir dan ibu...


Syakir dan ibu gak...bapak bz...


Demo car lagi pada keesokkan paginya...


Kehendak dan keperluan....



Aksi penjual dan pembeli...



Belon sebiji RM5.00...



Gambar versi full IR...



Pertandingan tarik tali yang menghiburkan...



Bermain layang-layang di tengah panas terik...melecur beb!




Aksi kanak-kanak dan orang tua yang menghiburkan...


Muzium layang-layang dan roda tiga...



Tengok-tengok kolam memancing ikan...





MFCA ( My First Costume Album )


Setelah sekian lama untuk menghasilkan album sendiri, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan custume album aku sendiri. Walaupun tidak secantik mana, tapi aku anggap ini sebagai langkah pertama aku untuk berjinak-jinak dalam bidang suntingan fotografi. Mangsa pertama yang menjadi bahan eksperimen aku adalah adik aku sendiri ahaks....Album ini memuatkan 24 muka surat dan di susun mengikut rentetan peristiwa majlis tersebut.Harap dapat dikongsi bersama.


Muka hadapan


Pandangan sisi


Muka belakang



Pandangan sisi

Siapakah lelaki ini?


Lelaki ini Kemat bin Halil dan dilahirkan pada 22 Julai 1919. Beliau mempunyai 4 orang putera 5 orang puteri. Beliau seorang yang pendiam dan sangat rajin. Isteri sudah lama kembali kepada yang Maha Esa. Pada usia senja ini, beliau sering sakit-sakit seolah-olah ingin memberitahu yang gilirannya sudah sampai untuk mengikut jejak isterinya. Pada tanggal 9 Mac pukul 12:30 tengah hari aku menerima panggilan daripada isteriku yang memberitahu bahawa atukku telah meninggal dunia. Aku hanya dapat berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..amin....

p/s: Menuju destinasi pasti itu ialah mati kerana mati itu benar.

Majlis apa nie???

Salam,

Dah lama rasanya aku tak update blog ni disebabkan sibuk dengan kehidupan harian. Kalau korang nak tau malam minggu yang lalu aku telah berkesempatan untuk menghadiri majlis pernikahan sahabat kita Jamal Fikri. Tahniah aku ucapkan kepada Jamal kerana telah bergelar seorang suami.Majlis yang cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara.Kami doakan semoga ikatan yang suci berkekalan hingga akhir hayat. Dikesempatan ini juga aku menjemput semua untuk menjengok-jengok photoblog aku yang telah di beri nafas baru, komen & kritik amat di alu-alukan. Satu lagi terima kasih buat Apis Arab sebab menjemput aku ke majlis tersebut.

Wassalam

P/S:Untuk melihat gambar majlis pernikahan Jamal Fikri sila klik di sini pada bahagian "wedding"

Kamera digital 570 megapixel!!!

570 megapixel, ada berani???


Kalau korang kerek ngan kamera masing-masing dengan megapixel yang besar, perlu di ingat kita tidak semestinya duduk di atas. Sekarang ni sudah ada kamera digital yang bersaiz 570 MP. Menurut sumber, kamera ini mempunyai 74 buah sensor dan di cipta untuk tujuan penggambaran di angkasa. Kamera yang berharga $35 juta USD digunakan pada teleskop di Chile di mana digunakan untuk mencuba dan membuktikan kehadiran tenaga gelap perluasan alam semesta. Walaupun tidak praktikal digunakan masa ni, ia adalah satu teknologi permulaan pengguna. Tidak mustahil cucu cicit kita mengupload gambar di facebook yang di tangkap dengan menggunakan kamera digital kamera 400 MP bersaiz tapak tangan.

Sarang Buaya Tanjung Langsat

Hari ahad lepas aku dan famili mengunjungi Sarang Buanya Tanjung Langsat untuk memenuhi 'off day' aku. Walaupun masih 'under construction', aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Bayaran masuk sebanyak RM 4 dikenakan bagi orang dewasa dan free untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Aku sempat mengambil beberapa shot untuk di kongsi bersama, check it out!


Buaya tembaga yang menjadi igauan ngeri....



Pemandangan di sekitar kolam buaya...



Pemandangan di luar lokasi...
Related Posts with Thumbnails