Salam Ramadhan...

Glitter Graphics,Glitters,Glitter,Malayalam Glitters

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan taulan dan seluruh umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga ramadhan pada kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya.

Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

Pelarasan subsidi kurangkan perbelanjaan RM750 juta tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.

Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan

Sumber : Berita Harian 16/7/2010

Nota Kaki : harga barang naik = gaji naik = :-)

Kenapa wedding photographer mahal?

Aku nak berkongsi post yang di ambil dari blog budak jawe untuk dikongsi bersama :

Sekali lagi benda ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

  1. KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, beg, kos selenggara dan sebagainya.
  2. KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam - 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
  3. KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
  4. KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ’skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.

Abang Mat Berucap


Pada malam Rabu yang lepas, aku telah terpanggil untuk menghadiri ceramah PAS berpermit di Taman Air Biru setelah mendapat jemputan khas daripada seorang sahabat. Ini merupakan pertama kali aku menghadiri ceramah politik. Apa yang aku ingin sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan politik tetapi hanya ingin berkongsi suasana di tempat kejadian bagi yang sudi menengok.


Aktiviti jual beli dan bertemu rakan taulan...



Mendapat sambutan yang hangat dari penduduk sekitar Pasir Gudang...



Ini dia penceramah yang di nanti-nantikan Hj Mohamad Sabu..



Dikenali juga dengan panggilan "Abang Mat"



Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk kenangan..



Memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang hangat diperkatan..



Gaya dan mimik muka yang menghiburkan pengunjung...



Sempat melawak lagi..ekekekehh..



Ucapan terakhir sebagai penutup tirai majlis...


Sambutan Hari Buruh

Pada malam 1 hb Mei dan paginya aku berkesempatan berjalan-jalan di Bukit Layang-Layang bersempena dengan hari buruh. Sambutan daripada pengunjung amat memberangsangkan seperti festival layang-layang yang lepas. Banyak upacara yang diadakan antaranya tarian tradisional,demo car,pertandingan tarik tali, karaoke dll. Sempat juga aku menembak untuk menghilangkan kebosanan akibat gear dah lama sangat terperap dalam dry box. Malas nak membebel lama-lama,mari tengok gambar yang sempat di shot.


Demo car sedang beradu sound system..



Aksi candid pengunjung....




Syakir dan ibu...


Syakir dan ibu gak...bapak bz...


Demo car lagi pada keesokkan paginya...


Kehendak dan keperluan....



Aksi penjual dan pembeli...



Belon sebiji RM5.00...



Gambar versi full IR...



Pertandingan tarik tali yang menghiburkan...



Bermain layang-layang di tengah panas terik...melecur beb!




Aksi kanak-kanak dan orang tua yang menghiburkan...


Muzium layang-layang dan roda tiga...



Tengok-tengok kolam memancing ikan...





MFCA ( My First Costume Album )


Setelah sekian lama untuk menghasilkan album sendiri, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan custume album aku sendiri. Walaupun tidak secantik mana, tapi aku anggap ini sebagai langkah pertama aku untuk berjinak-jinak dalam bidang suntingan fotografi. Mangsa pertama yang menjadi bahan eksperimen aku adalah adik aku sendiri ahaks....Album ini memuatkan 24 muka surat dan di susun mengikut rentetan peristiwa majlis tersebut.Harap dapat dikongsi bersama.


Muka hadapan


Pandangan sisi


Muka belakang



Pandangan sisi

Siapakah lelaki ini?


Lelaki ini Kemat bin Halil dan dilahirkan pada 22 Julai 1919. Beliau mempunyai 4 orang putera 5 orang puteri. Beliau seorang yang pendiam dan sangat rajin. Isteri sudah lama kembali kepada yang Maha Esa. Pada usia senja ini, beliau sering sakit-sakit seolah-olah ingin memberitahu yang gilirannya sudah sampai untuk mengikut jejak isterinya. Pada tanggal 9 Mac pukul 12:30 tengah hari aku menerima panggilan daripada isteriku yang memberitahu bahawa atukku telah meninggal dunia. Aku hanya dapat berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..amin....

p/s: Menuju destinasi pasti itu ialah mati kerana mati itu benar.
Related Posts with Thumbnails