Kamera digital 570 megapixel!!!

570 megapixel, ada berani???


Kalau korang kerek ngan kamera masing-masing dengan megapixel yang besar, perlu di ingat kita tidak semestinya duduk di atas. Sekarang ni sudah ada kamera digital yang bersaiz 570 MP. Menurut sumber, kamera ini mempunyai 74 buah sensor dan di cipta untuk tujuan penggambaran di angkasa. Kamera yang berharga $35 juta USD digunakan pada teleskop di Chile di mana digunakan untuk mencuba dan membuktikan kehadiran tenaga gelap perluasan alam semesta. Walaupun tidak praktikal digunakan masa ni, ia adalah satu teknologi permulaan pengguna. Tidak mustahil cucu cicit kita mengupload gambar di facebook yang di tangkap dengan menggunakan kamera digital kamera 400 MP bersaiz tapak tangan.

Sarang Buaya Tanjung Langsat

Hari ahad lepas aku dan famili mengunjungi Sarang Buanya Tanjung Langsat untuk memenuhi 'off day' aku. Walaupun masih 'under construction', aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Bayaran masuk sebanyak RM 4 dikenakan bagi orang dewasa dan free untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Aku sempat mengambil beberapa shot untuk di kongsi bersama, check it out!


Buaya tembaga yang menjadi igauan ngeri....



Pemandangan di sekitar kolam buaya...



Pemandangan di luar lokasi...

Rentetan peristiwa

09 January '10, 1420 hrs :

-Aku telah dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan rakan seperjuangan Titan iaitu saudara @ireel. Semoga cepat-cepat kawin hu..hu..

Selamat bertunang aireel....

09 January '10, 17000 hrs :

-Menjejakkan diri di putrajaya, tempat ni memang sesuai untuk photog yang kebosanan di luar sana.


Posing yang sempoi khas untuk peminat-peminat di luar sana...


10 January '10, 1310 hrs :

-Menghadiri majlis perkahwinan En. Hairul dan isterinya Pn. Farhana di Felda Seri Ledang. Aku ucapkan selamat pengantin baru dan " welcome to the club bro!!!"

Haron dah kawin???????


p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat saudara Aqramah kerana mensponsor penginapan 1 hari 1 malam.

Salam Aidiladha

Arghhhhh...sakit!!!


Sudah seminggu aku terseksa
Sakit gigi yang amat berbisa
Dokter gigi sudah ku jumpa
Tapi sampai hari ni masih terasa

Tidur malam termimpi-mimpi
Sakit kepala tak henti-henti
Banyak petua telah kucubai
Apakah nasib diriku ini

Adakah ini dugaan yang menimpa
Atau balasan yang ku terima
Aku redha dengan kehendak-Nya
Doa dan sabar pengubat segala

Endau Beach Resort


Endau Beach Resort merupakan tempat percutian yang ideal bagi pasangan yang hendak berbulan madu.Pengalaman bercuti bersama warga team A selama 2 hari 1 malam sungguh menyeronokkan.Dari segi penginapan agak kureng sikit, tak semua chalet dilengkapi dengan water heater, air sejuk beb...cian anak aku.Dari segi kebersihan pula agak memuaskan dan satu lagi tiada surau untuk sembahyang berjamaah. Komen aku tentang tempat ni, bolehlah...siapa belum pergi lagi.Nak detail lagi pasal percutian nie..klik di sini



Latihan bowling untuk tournament



Pagi tadi telah berlangsungnya sesi latihan bowling di Daiman bowling. Latihan ini adalah bertujuan untuk meregangkan otot yang telah lama tegang bagi persediaan menghadapi Titan Bowling Tournament nanti.Sesi latihan bermula pada pukul 10:00 pagi dan tamat pada pukul 01:00 ptg ( main 3 game jer ). Antara pemain yang turut hadir seperti mat ise,amin, gagak delima, fikri, man kicap dan abusyakir.Game pertama telah dimenangi oleh abunyakir, kedua gagak delima dan ketiga mat ise. Johan keseluruhan dimenangi oleh mat ise.

Antara gelagat pemain yang hadir...


Gaya dah ada, adakah dia bakal juara yang dinanti???



Gaya ala-ala superman gitu...


Dilahirkan sebagai seorang juara...

Bakal digandingkan dengan tok moh dan tok janggut...


peh..nama ganas beb..suka bercucuk tanam di alam maya ( budak facebook )...


Keputusan yang muktamat...


Related Posts with Thumbnails