Kamera digital 570 megapixel!!!

570 megapixel, ada berani???


Kalau korang kerek ngan kamera masing-masing dengan megapixel yang besar, perlu di ingat kita tidak semestinya duduk di atas. Sekarang ni sudah ada kamera digital yang bersaiz 570 MP. Menurut sumber, kamera ini mempunyai 74 buah sensor dan di cipta untuk tujuan penggambaran di angkasa. Kamera yang berharga $35 juta USD digunakan pada teleskop di Chile di mana digunakan untuk mencuba dan membuktikan kehadiran tenaga gelap perluasan alam semesta. Walaupun tidak praktikal digunakan masa ni, ia adalah satu teknologi permulaan pengguna. Tidak mustahil cucu cicit kita mengupload gambar di facebook yang di tangkap dengan menggunakan kamera digital kamera 400 MP bersaiz tapak tangan.

Sarang Buaya Tanjung Langsat

Hari ahad lepas aku dan famili mengunjungi Sarang Buanya Tanjung Langsat untuk memenuhi 'off day' aku. Walaupun masih 'under construction', aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Bayaran masuk sebanyak RM 4 dikenakan bagi orang dewasa dan free untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Aku sempat mengambil beberapa shot untuk di kongsi bersama, check it out!


Buaya tembaga yang menjadi igauan ngeri....



Pemandangan di sekitar kolam buaya...



Pemandangan di luar lokasi...

Rentetan peristiwa

09 January '10, 1420 hrs :

-Aku telah dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan rakan seperjuangan Titan iaitu saudara @ireel. Semoga cepat-cepat kawin hu..hu..

Selamat bertunang aireel....

09 January '10, 17000 hrs :

-Menjejakkan diri di putrajaya, tempat ni memang sesuai untuk photog yang kebosanan di luar sana.


Posing yang sempoi khas untuk peminat-peminat di luar sana...


10 January '10, 1310 hrs :

-Menghadiri majlis perkahwinan En. Hairul dan isterinya Pn. Farhana di Felda Seri Ledang. Aku ucapkan selamat pengantin baru dan " welcome to the club bro!!!"

Haron dah kawin???????


p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat saudara Aqramah kerana mensponsor penginapan 1 hari 1 malam.
Related Posts with Thumbnails