Salam Aidiladha

Arghhhhh...sakit!!!


Sudah seminggu aku terseksa
Sakit gigi yang amat berbisa
Dokter gigi sudah ku jumpa
Tapi sampai hari ni masih terasa

Tidur malam termimpi-mimpi
Sakit kepala tak henti-henti
Banyak petua telah kucubai
Apakah nasib diriku ini

Adakah ini dugaan yang menimpa
Atau balasan yang ku terima
Aku redha dengan kehendak-Nya
Doa dan sabar pengubat segala

Endau Beach Resort


Endau Beach Resort merupakan tempat percutian yang ideal bagi pasangan yang hendak berbulan madu.Pengalaman bercuti bersama warga team A selama 2 hari 1 malam sungguh menyeronokkan.Dari segi penginapan agak kureng sikit, tak semua chalet dilengkapi dengan water heater, air sejuk beb...cian anak aku.Dari segi kebersihan pula agak memuaskan dan satu lagi tiada surau untuk sembahyang berjamaah. Komen aku tentang tempat ni, bolehlah...siapa belum pergi lagi.Nak detail lagi pasal percutian nie..klik di sini



Latihan bowling untuk tournament



Pagi tadi telah berlangsungnya sesi latihan bowling di Daiman bowling. Latihan ini adalah bertujuan untuk meregangkan otot yang telah lama tegang bagi persediaan menghadapi Titan Bowling Tournament nanti.Sesi latihan bermula pada pukul 10:00 pagi dan tamat pada pukul 01:00 ptg ( main 3 game jer ). Antara pemain yang turut hadir seperti mat ise,amin, gagak delima, fikri, man kicap dan abusyakir.Game pertama telah dimenangi oleh abunyakir, kedua gagak delima dan ketiga mat ise. Johan keseluruhan dimenangi oleh mat ise.

Antara gelagat pemain yang hadir...


Gaya dah ada, adakah dia bakal juara yang dinanti???



Gaya ala-ala superman gitu...


Dilahirkan sebagai seorang juara...

Bakal digandingkan dengan tok moh dan tok janggut...


peh..nama ganas beb..suka bercucuk tanam di alam maya ( budak facebook )...


Keputusan yang muktamat...


Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan Zainal Abidin ( adik aku ) dan Yuslina yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 11 Oktober yang lepas. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat amin...

Hari raya gathering


Pada hari selasa lepas lebih kurang pukul 8:30 malam telah berlangsungnya sambutan hari raya di Hotel Selesa yang dianjurkan oleh O & D MFG. Upacara majlis dipengerusikan oleh En. Mahfiz yang merupakan pengasas kepada kelab permotoran pearlmotoclub dan dirasmikan oleh Tuan Director O & D Manufacturing En. Chew. Sambutan pada kali ini sedikit hambar lebih-lebih lagi tanpa kehadiran orang kuat kita En Hj Rosidi dan En Zulkifli atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bermacam-macam menu yang disajikan antaranya nasi baryani, lemang, satay, mee goreng dll. Semoga sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

p/s:
*Sori geng team A, aku tak dapat join korang pada malam 13hb ni sebab balik kampung.
*Jangan lupa bawa CD karaoke n tapau.

Salam Takziah

Kami sekeluarga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Jais bin Mat Derus atas pemergiannya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh amin..Sama-samalah kita mensedekahkan al-fatihah kepada allahyarham al-fatihah..

Kembali bertugas


Pada 24 Sept '09 detik jam 7.00 pm maka tamatlah tempoh cuti hari raya aku dan bermulanya hari pertama aku bertugas. Kemeriahan sambutan aidilfitri di kampung masih bermain-main dalam kotak fikiranku, walaubagaimanapun aku bersyukur kerana dapat menyambut raya dengan fimili aku di kampung tidak seperti sesetengah rakan seperjuangan yang terpaksa bertugas, bersabarlah giliran anda akan tiba nanti. Pada hari raya tahun ni juga merupakan tahun pertama aku menyambut dengan anak sulong aku. Kesimpulan sambutan hari raya pada tahun ni memang best...Kepada kawan-kawan yang hendak melapor diri seperti aku, aku ucapkan kembali bertugas.

p/s : Kalau nak buat apen house jangan lupa jemput aku

Salam Lebaran


Sempena hari raya ini, kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan sama ada sengaja atau tidak disengajakan.Semua yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada kesilapan kita sendiri. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah insan insan yang tersayang.

Mercun, Duit Raya & Ucapan Maaf

Main mercun



Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-

1) Mudarat Kepada Diri

Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta:

2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

Baca Di Sini

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.

Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.

Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.


Isu Duit Raya

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru, sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.


Ucapan Maaf Zahir Batin

Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.

Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :

جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan Ramadhan ini.

Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.

Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.

Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal.

Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Mesti tengok!!!

Apalah nak jadi budak-budak sekarang ni..


Merempit ala-alagapas..


Teringat zaman muda-muda dulu...


Kempen jimat minyak...minyak dah mahal beb!!


Sambutan kempen kebersihan yang memberangsangkan...


Juadah berbuka menu ayam bakar mesti best...



Kes buang anak yang semakin berleluasa....cian anak sape la nie..


Askar U.S pada masa akan datang...


Satu lagi askar U.S yang multipurpose...


Aktiviti bersantai di bulan pose..he..he..

Tahniah..


Kami sekeluarga ingin mengucapkan tahniah kepada Mohd Nizam Azhar dan isterinya Rozita Rosdi kerana telah mendapat cahaya mata yang ke-4 pada 31 Ogos 2009. Semoga dengan kehadiran ahli baru ini dapat memeriahkan lagi Syawal yang bakal tiba.

Bang… bangun bang..


Ada sepasang suami isteri, baru juga berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan cerita, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.

Si suami pun ngan merajuknya bagi cold shoulder kat si isteri ngan tak mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: “Sahur nanti bangunkan abang” dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: “Bang, bangun bang, makan sahur.”
Huakakakah...

Merdeka!..Merdeka!..merdeka!!!!!

Enter Fleedy.com

Salam..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakan seperjuangan Titan dan ex-Titan khasnya dan rakyat malaysia umumnya.Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Arjuna yang bakal melahirkan anak merdeka yang dijangkakan 31st Aug nanti, kita doakan semoga semuanya selamat amin..
Merdeka!!!..merdeka!!!...merdeka!!!!, ok ka?

Wassalam

IR ???

Salam..

Dua hari lepas, sempat juga aku balik ke kampung menjenguk orang tua aku dan mak n bapak mertua aku. Suasana di kampung yang nyaman, sunyi daripada kesibukan kehidupan di kota membuatkan aku hilang masalah buat seketika. Dalam melayan hati yang gumbira, sempat jugak aku “menembak” sebagai aktiviti tambahan aku. Lokasi hanyalah di halaman rumah aku jer, malas nak berjalan-jalan bulan puasa nie. Kali ni aku cuba nak layan IR (infra red) dengan menggunakan IR filter jer dan post-processing (channel swap).Belasahler la.. jom kita layan…


Ni anak sedara aku zul berposing ngan mr. ben



aplikasikan konsep RO3, jd ker ?


Halaman rumah aku kat kampung


Terkenang masa kecik2 main kat sini..


Halaman rumah bapak mertua aku..ada taman gitu..

ko pikirla sendiri..

Wassalam..









Sebelum dan selepas









Salam..


Tunggu punya tunggu akhirnya siap jugak kereta aku walaupun dah delay 1 minggu dari tarikh yang dijanjikan. Biasalah sekarang nie orang suka berjanji tapi hanya segelintir jer yang menepati janji. Rindu?, memangla beb,dah 3 minggu aku suffer tak ada kereta, pergi pasar, klinik semua naik moto dan yang paling boring tak boleh nak balik kampung, bukan apa cian kat anak bini aku. Aku dah anggap ia sebahagian dari ahli keluarga aku. Aku memilih kaler solid black 2k sebab nampak garang sikit kot. Selepas nie boleh beraya naik kereta baru ( baru cat ) hu..hu..


Wassalam



Salam Ramadhan..


Salam..

Aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. Semoga di bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini dapat kita bersama-sama meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T. Aku bersyukur kerana telah di beri peluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.

Wassalam.

Kamera, fotografi dan aku




Salam…


Sungguh pantas masa berlalu, sudah lebih setengah tahun aku berkecimpung dalam dunia fotografi. Namun aku masih ketandusan ilmu kerana bidang ni sungguh meluas. Semakin banyak aku belajar, semakin kerdil aku dalam dunia ni. Aku belum layak dipanggil photog kerana banyak lagi yang perlu dipelajari.Aku anggap bidang nie sebagai hobi jer, mana tau satu masa nanti boleh jadi side income yer tak.


Bagi aku maksud kamera=alat perakam gambar , fotografi=proses hasilkan gambar melalui cahaya. Buat masa ni aku hanya memiliki DSLR camera Nikon D60 (entry level user including D40,D40x,D5000) yang berharga lebih kurang 2k, hobi ni memang mahal dan hanya orang yang betul-betul minat giler jer boleh join.Kenapa Nikon?,bagi aku brand nie dah lama establish dan body pun cun. Ada juga aku dengar pendapat brand Nikon lagi sharp in contrast, canon better in low light, masing-masing ada kelebihan tersendiri.


Kursus fotografi?, aku tak pernah ambik pun just informal belajar daripada forum dan blog-blog kat internet. Kenapa?, sebab kos dan masa.Aku tahu kos dia memang mahal paling kurang pun RM300 untuk belajar basic jer, dan masa belum berkesempatan semenjak kehadiran cahaya mata. Lagipun aku angggap sebagai hobi jer, kalau serius nanti mungkin ambik kot.Setakat ni saja pengomelan aku, siapa yang berminat nak join belajar basic aku ada nota free ni,klik disini untuk mendownload.


Wassalam..


Note: DSLR :Digital Single Lenses Reflect



Anakku yang pertama


Syakir berusia 2 hari dan yang sebelah tu 2 bulan

Salam..inilah anak aku yang pertama ( macam lagu Dato' M Daud Kilau yang tue.. ), nama dia Mohd Syakir.Aku dapat nama ni pun daripada buku nama-nama indah so tanpa berlengah lagi aku bubuh jer la, lagipun maksudnya sedap " pengenang budi".Dilahirkan di HBP ( Hospital Batu Pahat ) seberat 3.27 Kg.Pada tarikh 19 hb Ogos '09 maka genaplah umur anak aku yang ke-4 bulan,macam-macam kerenah yang dibuatnya sampai tak terlayan aku,maklumlah first time jadi bapa.Walaupun penat tapi sangat menyeronokkan tengok perkembangan dan tumbesarannya.Anak yang ke-2?,tunggulah anak aku ni besar ckit...
Wassalam..


Related Posts with Thumbnails