Merdeka!..Merdeka!..merdeka!!!!!

Enter Fleedy.com

Salam..

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakan seperjuangan Titan dan ex-Titan khasnya dan rakyat malaysia umumnya.Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Arjuna yang bakal melahirkan anak merdeka yang dijangkakan 31st Aug nanti, kita doakan semoga semuanya selamat amin..
Merdeka!!!..merdeka!!!...merdeka!!!!, ok ka?

Wassalam

IR ???

Salam..

Dua hari lepas, sempat juga aku balik ke kampung menjenguk orang tua aku dan mak n bapak mertua aku. Suasana di kampung yang nyaman, sunyi daripada kesibukan kehidupan di kota membuatkan aku hilang masalah buat seketika. Dalam melayan hati yang gumbira, sempat jugak aku “menembak” sebagai aktiviti tambahan aku. Lokasi hanyalah di halaman rumah aku jer, malas nak berjalan-jalan bulan puasa nie. Kali ni aku cuba nak layan IR (infra red) dengan menggunakan IR filter jer dan post-processing (channel swap).Belasahler la.. jom kita layan…


Ni anak sedara aku zul berposing ngan mr. ben



aplikasikan konsep RO3, jd ker ?


Halaman rumah aku kat kampung


Terkenang masa kecik2 main kat sini..


Halaman rumah bapak mertua aku..ada taman gitu..

ko pikirla sendiri..

Wassalam..









Sebelum dan selepas









Salam..


Tunggu punya tunggu akhirnya siap jugak kereta aku walaupun dah delay 1 minggu dari tarikh yang dijanjikan. Biasalah sekarang nie orang suka berjanji tapi hanya segelintir jer yang menepati janji. Rindu?, memangla beb,dah 3 minggu aku suffer tak ada kereta, pergi pasar, klinik semua naik moto dan yang paling boring tak boleh nak balik kampung, bukan apa cian kat anak bini aku. Aku dah anggap ia sebahagian dari ahli keluarga aku. Aku memilih kaler solid black 2k sebab nampak garang sikit kot. Selepas nie boleh beraya naik kereta baru ( baru cat ) hu..hu..


Wassalam



Salam Ramadhan..


Salam..

Aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. Semoga di bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini dapat kita bersama-sama meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T. Aku bersyukur kerana telah di beri peluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.

Wassalam.

Kamera, fotografi dan aku




Salam…


Sungguh pantas masa berlalu, sudah lebih setengah tahun aku berkecimpung dalam dunia fotografi. Namun aku masih ketandusan ilmu kerana bidang ni sungguh meluas. Semakin banyak aku belajar, semakin kerdil aku dalam dunia ni. Aku belum layak dipanggil photog kerana banyak lagi yang perlu dipelajari.Aku anggap bidang nie sebagai hobi jer, mana tau satu masa nanti boleh jadi side income yer tak.


Bagi aku maksud kamera=alat perakam gambar , fotografi=proses hasilkan gambar melalui cahaya. Buat masa ni aku hanya memiliki DSLR camera Nikon D60 (entry level user including D40,D40x,D5000) yang berharga lebih kurang 2k, hobi ni memang mahal dan hanya orang yang betul-betul minat giler jer boleh join.Kenapa Nikon?,bagi aku brand nie dah lama establish dan body pun cun. Ada juga aku dengar pendapat brand Nikon lagi sharp in contrast, canon better in low light, masing-masing ada kelebihan tersendiri.


Kursus fotografi?, aku tak pernah ambik pun just informal belajar daripada forum dan blog-blog kat internet. Kenapa?, sebab kos dan masa.Aku tahu kos dia memang mahal paling kurang pun RM300 untuk belajar basic jer, dan masa belum berkesempatan semenjak kehadiran cahaya mata. Lagipun aku angggap sebagai hobi jer, kalau serius nanti mungkin ambik kot.Setakat ni saja pengomelan aku, siapa yang berminat nak join belajar basic aku ada nota free ni,klik disini untuk mendownload.


Wassalam..


Note: DSLR :Digital Single Lenses Reflect



Anakku yang pertama


Syakir berusia 2 hari dan yang sebelah tu 2 bulan

Salam..inilah anak aku yang pertama ( macam lagu Dato' M Daud Kilau yang tue.. ), nama dia Mohd Syakir.Aku dapat nama ni pun daripada buku nama-nama indah so tanpa berlengah lagi aku bubuh jer la, lagipun maksudnya sedap " pengenang budi".Dilahirkan di HBP ( Hospital Batu Pahat ) seberat 3.27 Kg.Pada tarikh 19 hb Ogos '09 maka genaplah umur anak aku yang ke-4 bulan,macam-macam kerenah yang dibuatnya sampai tak terlayan aku,maklumlah first time jadi bapa.Walaupun penat tapi sangat menyeronokkan tengok perkembangan dan tumbesarannya.Anak yang ke-2?,tunggulah anak aku ni besar ckit...
Wassalam..


Related Posts with Thumbnails