Kamera, fotografi dan aku




Salam…


Sungguh pantas masa berlalu, sudah lebih setengah tahun aku berkecimpung dalam dunia fotografi. Namun aku masih ketandusan ilmu kerana bidang ni sungguh meluas. Semakin banyak aku belajar, semakin kerdil aku dalam dunia ni. Aku belum layak dipanggil photog kerana banyak lagi yang perlu dipelajari.Aku anggap bidang nie sebagai hobi jer, mana tau satu masa nanti boleh jadi side income yer tak.


Bagi aku maksud kamera=alat perakam gambar , fotografi=proses hasilkan gambar melalui cahaya. Buat masa ni aku hanya memiliki DSLR camera Nikon D60 (entry level user including D40,D40x,D5000) yang berharga lebih kurang 2k, hobi ni memang mahal dan hanya orang yang betul-betul minat giler jer boleh join.Kenapa Nikon?,bagi aku brand nie dah lama establish dan body pun cun. Ada juga aku dengar pendapat brand Nikon lagi sharp in contrast, canon better in low light, masing-masing ada kelebihan tersendiri.


Kursus fotografi?, aku tak pernah ambik pun just informal belajar daripada forum dan blog-blog kat internet. Kenapa?, sebab kos dan masa.Aku tahu kos dia memang mahal paling kurang pun RM300 untuk belajar basic jer, dan masa belum berkesempatan semenjak kehadiran cahaya mata. Lagipun aku angggap sebagai hobi jer, kalau serius nanti mungkin ambik kot.Setakat ni saja pengomelan aku, siapa yang berminat nak join belajar basic aku ada nota free ni,klik disini untuk mendownload.


Wassalam..


Note: DSLR :Digital Single Lenses Reflect



2 Responses
  1. Anonymous Says:

    wah jgn lupa update pict terbaru .....mesti gempak bro...


  2. Abusyakir Says:

    wokay..klu ada bahan nanti update hu..hu..


Related Posts with Thumbnails